Sunday 27 May 2012

Kekayaan dan Kehidupan

Alhamdulilah dengan izin tuhan minggu nie aku akan pergi menunaikan umrah, ini adalah hadiah yang paling berharga buatku..




Betul juga kata Dato Ibrahim 'the power of mind'.. aku hanya merancang jika ada rezeki aku akan ikut rombongan umrah emak dan keluarganya pada bulan jun ini. Tetapi jika di ikut metafizik dari kiraan graf hayat  Cikgu Eddy bulan jun ini adalah bulan traveling ku..

kebetulan ke?

Jawapanya hanya Allah yang tahu sungguh banyak ilmu yang aku pelajari tapi setiap ketentuan Allah aku memang tak tahu jawapannya.
Ya Allah mudahkanlah, cukupkanlah dan berkatilah setiap perjalananku dan ibadahku di rumah Mu.
Semenjak 2011 aku belajar mengenali diri, mencari kelemahan diri, mencari cara dan jalan penyelesaian dalam setiap masalah perniagaan yang aku hadapi... Alhamdulilah kerana tuhan bukan hatiku untuk mempelajari ilmu dari ustaz Tok Janggut, Dato Ibrahim dan Cikgu Eddy. Sedikit demi sedikit aku mengenali diri, mengenali kelemahan dan kekuatanku. Aku insaf dengan setiap kesilapan, cabaran dan dugaan yang selama ini yang berada disekitarku.

Aku yakin selepas balik daripada Umrah nanti pasti ada penyelesaian bagi setiap masalah perniagaanku. Hentah kenapa rasa yakin itu kuat mengatakan padaku lepas bulan june ini aku akan dapat sesuatu yang aku harapkan nanti. Tapi sekarang ini biarlah aku memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan dan amalan ku untuk mengerjakan umrah.