Friday 11 October 2013

Anuar Zain dan Aku..

Seronoknya bila dapat bergambar penyanyi kesukaanku yang mempunyai suara yang lunak dan sentimental ni dahlah muka dia handsome Seperti tak dimamah usia.
     
       Malam dinner yang dianjurkan oleh richworks semperna advance program jutawan industri pada 29hb oktober 2013, merupakan mimpi yang indah walaupun sebelum ini aku sering terserempak dengan Anuar Zain semasa beliau masih menjadi pramugara mas airline masa aku di universiti dulu. Setiap kali balik bercuti naik flight mesti akan terjumpa dia. Tapi.. yelah masa tu kita masih belajar dia pun lum kembali popular hihihi.. ble gitu.
   
       Kepada yang tengok gambar nie jangan jelos tau.. hihi... nie pun gambar berebut-rebut nak ambil sebab dia ada bodyguard jaga masa nie dan memang ramai nak bergambar dengan dia. Aku nie ambil kesempatan masa dia tengah menyanyi. Dapatlah snep kejap gambar nie. Kalau tidak pastinya susah nak dapat hihihi...
         
         Gambar kedua nie aku sempat menyelit hihihi... tapikan suara  Anuar Zain memang hebatlah...Ahhhh.. merdu giler.. memang tangkap lelernya.. sesiapa yang mendengarnya. Aku nie bukan jenis yang tergiler-gilerkan artis. Tapi dah ada peluang di depsn mata apa lagi rembatlah peluang yang ada kan.. kan.. bila lagi beb... bukan senang.

       Tapi yang bestnya Anuar Zain memang sporting giler. Persembahan dia masa nie pun memang hebat agaknya sebab dalam dewan nie semua orang nya hebat-hebat belaka hihihi...
       
       Kalau tak silap aku malam ni dia bawa 6 lagu yang penuh semangat dan sangat sporting.  Kepada  Anuar  Zain aku doakan dia sentiasa berjaya dan kaya Amin.

      jom layan tengok gambar   Anuar Zain yang lain ye kekawan yang mana aku dapat ambil...