Sunday 9 March 2014

Flight MAS MH370 Hilang?...

Pagi semalam abahku menghubungiku bertanya dimana aku berada?.. Di ingat aku pergi ke China atau Hong Kong... Aku bertanya kenapa? Dia memberitahu aku tentang kapal terbang MAS MH370 hilang... Seriously aku tak tahu sebab aku tidak buka TV untuk mendengar berita kerana terlalu sibuk. 

        Selepas aku mendengar berita daripada abahku, aku terus buka HP ku dan melihat berita melalui internet dan Facebook. Terkejutnya bila mendengar berita ini. Aku dapat bayangkan jika aku berada di dalam kalangan keluarga mangsa pastinya perasaan sedih dan pelbagai pertanyaan akan bercampur gaul. 
       Dalam masa itu aku terus hilang mood sebab rasa macam nak duduk depan TV dan mengikuti setiap saat perkembangan MH370.