Tuesday, 11 December 2012

Majlis Khatam Al-Quran Nor Erin Natasha


Pada 17 Nov 2012, Majlis Khatam AL-Quran Nor Erin Natasha dan Sara anak Jiranku kak Rina telah berlangsung. Majlis ini memang sengaja aku buat  kerana tahun ini Erin Khatam Al-quran dan menyambut ulang tahun di bulan November. Sebenarnya saat2 khatam alquran Erin nie memang aku nantikan selepas kelahiranya. Aku nak anak aku lengkap ilmu dunia dan akhirat.
       Untuk memeriahkan majlis ini juga aku selitkan majlis hari jadi Erin 9thn & Haziq 2thn. Nampak simple je majlis ini sebenarnya, aku pun tak jemput ramai sangat orang. Jemputanku hanya keluarga terdekat, kekawan terdekat dan juga jiran tetangga terdekat je,..
      Walaupun majlis ini nampak ringkas, kecik dan sempoi hehehe.. tapi aku rasa cukup puas hati sebab jika selama ni kita selalu je nak sambut hari jadi anak.. tetapi bila anak kita khatam alquran tak nak pula kita sambut...
      Matlamatku terlaksana sudah... aku memang nak anak-anak ku khatam al-quran. Alhamdulilah di usia 9tahun Nor Erin Natasha mampu menghabiskan Al-quran dan sekarang ini dia sedang berusaha untuk menghafal al-quran pula... aku nak menyediakan ilmu dunia dan akhirat untuk anak-anaku... supaya mereka menunggu aku di pintu syurga. Bagiku walaupun kita berjaya di dunia, kita wajib berjaya di akhirat juga. Aku tak nak di dunia kita bina istana tetapi di akhirat kita bina pondok buruk di tengah-tengah api neraka yang panas. Ya Allah izikan kami masuk ke syurga mu dan jauhkan kami dari pintu nerakamu.

Bergambar dengan kumpulan tartim yang mengiringi qariah junior nie ...
 Erin & Sara Semasa Khatam Al-Quran

Bergambar selepas khatam al-Quran

Selepas majlis khatam Al-Quran Erin tukar baju untuk acara potong kek hari jadi dengan adiknya pula... yang spoil nya bila Haziq tertidur semasa majlis khatam dan terpaksa di kejutkan untuk acara potong kek. Tapi berjaya jugalah majlis tukan Alhamdulilah... syukur tuhan memberi peluang kepadaku membuat majlis ni.

Gambar-gambaar di bawah ini adalah persiapan sebelum majlis... seperti mana yang aku rancangkan selama ini bergituklah jadinya... semuanya idea aku dan aku yang membuatnya dengan penuh kepuasan.... Alhamdulilah.....