Sunday, 17 February 2013

Chicken Celery Creamer & Olio Chicken Spaghetti resepi

Chicken Celery Creamer
suka tengok chef2 di tv 703 & 707 di Astor tu buat shows masakan. Resepi chicken celery creamer nie sebenar cetusan idea ubah suai dari situlah hihihi. .. tetapi rasa memang sedap dan dapat diterima tekak.  Kemudian saya makan dengan olio chicken spaghetti ni lagi marvelous. .... keluarga saya memang kurang makan nasi dalam seminggu makan nasi berlauk pauk hanya 3 atau 4 kali je selebihnya banyak makan yang ala2 barat, Chines style, Indian Tandori, Korea, Jepun Style dan apa-apalah yang lain kalau dah jemu dengan masakan ibunda hihihi... dan yang paling kerap adalah makanan yang berbentuk mee... spaghetti... steak. .. steamboat... dan grill....

Olio  chicken spaghetti ni macam juga olio prawn resepi... tapi diubah sikit untuk kesesuaian cara memakanya... 

Olio Chicken Spaghetti
Bila dah diubah suai cara memakannya so... saya hidangkan seperti gambar dibawah ni... chicken celery creamer diatas olio chicken spageti... Rasanya akan jadi... masam, manis, pedas dan lemak... ala-ala restoran lah katakan ....
Chicken Celery Cream & Olio Chicken Spaghetti...Wallaa...


Jom cuba.....

Chicken Celery Creamer

Bahan-bahanya

4 batang celeri 
2 biji bawang besar 
1 biji tomato
3 ulas bawang putih 
1 biji lada begala besar merah 
2 1/2 cawan stock ayam 
2 sudu butter 
3 sudu minyak 
1 sudu kecik serbuk lada hutam 
1 sudu kecik serbuk lada putih 
600gram isi ayam dada atau peha. Kalau dapat ambil peha ayam buangkan tulang je...
Garam secukup rasa
1/2 biji lemon ambil jusnya

Caranya

Potong kuib semua Celery, bawang, tomato dan lada begala. Kemudian tumiskan sampai layu. Kemudian sejukan seketika dan kisar semua tumisan tu dgn stok ayam. Setelah itu masukan dalam periuk dan didihkan sampai pekat. Masukan perasa, jus lemon dan serbuk lada hitam kacau rata. Di samping itu isi ayam dilumuhkan dengan garam dan goreng dengan minyak yang sedikit sehingga kekuningan je agak-agak dalam 70% lagi nak masak terus angkat dan masukan kedalam kuah celery tadi
. Kemudian masukan butter untuk pekatkan lagi kuah tu. Setelah pekat hidangkan atau makan dengan olio chicken spaghetti seperti di atas ni. 

Olio Chicken Spaghetti 

Bahan-bahanya 

200gram Spaghetti 
1 biji lada begala hijau potong dadu
1 biji tomato potong dadu 
6 ulas bawang putih cincang 
200gram isi ayam 
5 batang cili padi atau lada besar
1 batang celery 
minyak zaiton atau apa je secukupnya untuk menumis 
1 sudu perasa ayam 

Caranya

Rebus spaghetti sehingga masak. Kemudian toskan airnya biarkan ketepi.
Tumis bawang putih sehingga naik baunya masukan isi ayam goreng hingga masak, kemudian masukan semua bahan-bahan yang lain. Gaul sehingga agak-agak 70% nak layu... Kemudian masukan spaghetti dan gaul rata. kalau suka boleh tambah lada putih.... Simple kan... cepat.. dan mudah je... tapi rasanya memang asik nak lagi je kalau makan.... anak-anak pun suka sangat tetapi anak saya Erin Natasha tu suka makanya dengan cheese... biasanya cheese di taburkan di atas makanan tu kemudian di panaskan seketika di dalam microwave.

SELAMAT MENCUBA ye...... 

Jumpa lagi di resepi yang lain kalau rajin memang banyak resepi family yang akan di muatkan semua nie makanan yang wajib ada dalam hidangan harian kami... Kami dalam sehari hanya makan sekali je yang berat... makan pagi biasa-biasa je tetapi keluarga kami memang tak makan malam... kalau makan malam sure tak makan tengahari. Dah terbiasa sebab keluarga mak abah dan mertua saya pun macam tu juga sebab tu anak-anak pun bergitu juga... biasanya masa-masa yang lain kami makan roti, pastry, burger dan makanan-makanan segera yang ringkas-ringkas je. 
          

Saturday, 16 February 2013

Almond Chunky Nutty resepi..

Dah lama nak up load resepi ini tapi tak rajinlah sangat... lately terasa bosan pula... tu yg rajinkan diri untuk upload resepi nie... 


Sedap sangat untuk jadikan kudapan sambil tengok tv... sambil buat kerja... sambil layan facebook... hihihi.. Tetapi resepi yang yanie up load nie adalah basic tau ... sebenarnya sama jelah dgn resepi yang orang lain buat cuma ada tambah sana sini situ ikut tekak yg nak memakanya je hihihi... 


Tip kat sini adalah.... pastikan gula tu nanti dah betul2 berwarna perang tau kalau tidak dia tak nak melekat huhuhu... sakit jiwa kelak... 
almond chunky nutty by shanie cookied
Add caption

Bahan-bahanya

100gram              Slice Badam bakar 
100gram              Biji labu bakar
2sudu besar        Bijan putih/hitam bakar 
1 cawan               gula
1 cawan               air 
kalau makan dirumah tukan masukan je semua yg bernama kacang marvelous rasanya hihihi... 

Cara-caranya

1. Masukan gula & air dalam kuali kemudian masakan   
     Sampai warna keperangan... 
2. Kemudian masukan badam &  biji labu gaul rata tetapi
    Jangan lama sangat.
3.  Tuangkan di dulang yang dah di taburkan tepung /
     Gula aisin / margerin ikut sukalah ye... 
4. Tekan kuat-kuat dan kemudian taburkan bijin... dan 
     Potong ikut suka... Potong masa tengah panas ye... 

*** untuk no 3 & 4 kene cepat dan pantas k... takut cepat keras... 

Selama Mencuba!!..

Sesuai juga untuk dijadikan door gift dan cenderahati perkahwinan tau.... :) 

Tetapi untuk di jual resepi ni yanie dah ubah sikit sesuai untuk komersial kalau berminat untuk membeli boleh hubungi yanie di facebook shanie cookies atau call.. sms... whatsapp di 
hp no 01126690876


Monday, 11 February 2013

Resepi Burger Buat Sendiri (Home made burger)


Dah lama sebenarnya aku nak muat turunkan resepi dalam ruangan ini tapi masa tidak MengizinKan. Hari ini tetiba terpanggil pula nak buka note2 aku nie. .. nak dok depan komputer malas ..:)

Macam biasalahkan kalau hari cuti macam nie family aku mesti nak makan yg best2 je... kalau tak makan di luar masak sendiri tapi yang pastinya bukan tradisional menu....:) 

Buat burger nie tak susah tapi aku cadangkan guna daging cincang yg ada ketul2 kit jangan yg terlalu hancur .. sebabnya kita nak makan mesti nak rasa kepuasanyakan...Oklah tak yah dok cite pjg2kan... sure you all dah tak sabar mencuba. . Resepi ini aku gabungkan dgn beberapa resepi drpd chef 2 yg terbaik dunia... :)

Resepi super burger 

Bahan2nya

1 sudu besar mustard
360gram daging cincang 
1 sudu besar serbuk ketumbat
1 sudu kecik mix spiced
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya
1 sudu besar minyak
1 sudu kecik lada hitam 
1 sudu kecik lada putih
2 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
(bawang besar dan putih di goreng dgn minyak sikit dan dikisar kasar) 
1 biji telur 
2 sudu tepung gandum 
Garam secukup rasa..

Untuk hiasanya 
Salad
Timun
Cheese
Bawang yg di goreng layu
Sos cili
Dan ikut sukalah nak tambah apakan .. 
Roti burger secukupnya..

Caranya..

Semua bahan diatas di gaul rata dan bentukan bulat dan  macam bentuk burger seperti dibawah nie..

Kalau boleh lepas kepal2 daging tu sebaiknya masukan dalam peti sejuk seketika supaya sebati dan pejal sikit... kemudian panggang atau goreng...kalau goreng utk dapatkan daging burger yg garing dan berjus tutup daging semasa mengorengnya...utk hiasan buatlah sesuka hati ye janji cun dengan anak tekak... 

Nantikan resepi black paper burger ala prosperity mcd hihi.. tunggu... selamat mencuba... 

Tuesday, 5 February 2013

Indahnya Alam Perkahwinan Sebelum dan Selepas


Gambar majlis berinai besar malam  selepas majlis akad nikah
Diam tak diam dah 11 tahun perkahwinan kami pada hari ini 21.12.2012. Tetiba teringat kenangan menyiapkan majlis perkahwianan kami. Penat dan seronok silih berganti maklum berkahwin dengan lelaki yang di sayangi sepenuh hati dan jauh nun di England pada masa tu. Aku ingat lagi masa suami aku merancangkan pertemuan aku dan bakal mertuaku. Hati ini terlalu takut dan perutku terasa kecut nak berjumpa maklumlah selalu dengar cerita daripada suami aku yang mengatakan emaknya seorang yang tegas. Malahan aku memang tak pernah menelefonnya jika dia berada di rumah ibunya sebab tulah kami banyak berhubung mengunakan email dan chat di internet sahaja. Sebelum perjumpaan tu aku dah berbincang dengan suamiku jika keluarga dia tidak bersetuju maka perkahwinan ini mesti dibatalkan sebab aku mahu perkahwinan bukan sekadar bersandarkan kasih sayang semata-mata tetapi bersandarkan restu dan doa daripada orang tua terutama ibu bapa dan saudara mara.Sebab aku ni dididik dengan penuh kasih sayang dan hormat menghormati dalam keluarga dan taat dengan orang tua sebab tu aku memang bertegas terutama dalam memilih perjalanan hidupku    Alhamdulilah perjumpaan itu berjalan dengan lancar dan perkahwinan yang bakal dilaksanakan itu mendapat restu keluarga.
Gambar hantaran perkahwinan ciptaanku

Gambar masa hari bersanding

Bila mengigati semula saat-saat menyiapkan majlis perkahwinan dulu boleh dikatakan semuanya aku uruskan tanpa bantuan daripada sesiapa pun. Keluarga aku sendiri pun memang tahu aku mampu menguruskanya sebab aku minat dalam urusan macam ini. Lagipun arwah mak Leha aku dulu selalu ajar aku hal ehwal urusan majlis perkahwinan macam ni. Mak dan abah hanya menguruskan hal makan minum, wakil kendarat, wakil daripada saudara mara serta jemputan sahaja. Memandangkan tunangku pula berada di England sebab melanjutkan pelajaran dia hanya mengirimkan duit sahaja dan beli apa sahaja barang hantaran yang aku minta diluar negara seperti chocolate, perfume, peralatan make up, tetapi kasut dan bag aku tak berani suruh dia pilih takut tak sesuai dengan tema dan cita rasaku hihihi... Segala gubahan hantaran untuk kedua-dua buah pihak aku buat sendiri, sampai aku pun dah tak ada surprise lagi hahaha... bukan apa bila kita berkawin dengan orang jauh nie dan turun naik flight nie memang kita kene fikirkan kesenangan untuk membawa barang-barang hantaran. Oleh itu semua barang hantaran buat di Johor mujur aku nie agak kreatif dan dapat buat semua tu. Ohh... ye nak tahu tak berapa hantaran aku masa tu 21 hantaran berlawan 19 hantaran hahaha nie idea kekawan aku ... hantaran dari pihak lelaki lengkap dengan duit hantaran dan 2 set barang kemas, 7 jenis minyak wangi yang berjenama sampaikan semua org cakap macam nak suruh setiap 7 hari berlainan bau je hihihi...  Biasalah orang Johor selalunya hantaranya serba menegak, serba berdiri... kalau di sebut menegak dan berdiri ni biasanya melibatkan set barang kemas.... Lepas buat barang hantaran aku pun hampir-hampir nak buat pelamin aku sendiri tapi mak dan abah aku marah giler sebab takut aku tak ada masa.    
        Akhirnya aku mampu buat hiasan bilik je pelamin, baju make up semua ku suruh perunding pengantin yang buat.  Kalau pasangan lain akan bersama-sama menyiapkan majlis perkahwianannya, aku pula terpaksa sorang-sorang sahaja yang menyiapkanya mujur dia tak  cerewet dan hanya mengikut je apa yang aku cadangakan dan budget yang aku cadangkan. Manakala majlis menyambut menantu di sebelahnya di uruskan oleh emak dan kakaknya di Sibu, Sarawak. 
    Budget kami dalam menguruskan perkahwinan ni tak lah besar mana tapi cecah jugalah puluhan ribu tidak termasuk makan dan minum yang di keluarkan oleh kedua ibubapaku dan tidak termasuk budget yang dikeluarkan oleh keluarga mertua untuk majlis menyambut menantu di Sibu. Apa pun Alhamdullilah aku dan suami berjaya membuatnya mengikut budget dan apa yang kami inginkan. 
Majis ini pun lengkap dengan jurugambar, juruvideo dan gambar di studio. Pada majlis perkahwinanku yang berlangsung 3 hari hari tu aku mengunakan 7 persalinan dan 5 persalinan untuk gambar studio hahahhaa.... giler glamor lah katakan..... Lagipun aku nie anak sulung, cucu sulung dan anak buah sulung sebab tulah majlis kami nie kene buat ikut adat dan resam keluarga kami. Tetapi aku nie degil bila di suruh ikut semua adat resam dan pantang larang keluarga.... sebab aku kahwin dengan orang jauh susah kalau ikut semua pantang larang tu. Mujur nenek aku faham dan dia cakap kalau aku nak ikut, jangan ikut semuanya takut-takut nanti lain jadinya... apa lagi aku ikut suka ler.... hahahhaa..... Tetapikan bila  di tengok gambar2 dulu syok sendiri pula rasanya hahaha....

    Selepas majlis kahwin esoknya aku dan suami mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru dan pada masa inilah suami aku belikan rantai emas lagi sebagai tanda pecah dara ahhahaha... korang ada aku ada hahahhaa........ aku betul2 tak sangka suami aku belikan rantai emas yang beratnya hampir 60gram sebagai tanda yang aku ni masih dara. Memang aku dipenuhi dengan barangan kemas je lah sebagai hadiah perkahwinan mana tak nye aku dapat gelang tanggan daripada mak mertua, cincin daripada abang angkat aku, loket dari kenalan mak, 1 set barang kemas( rantai, gelang, cincin, anting-anting)  daripada suamiku, rantai pecah dara panjang daripada suamiku, cincin berlian untuk batal air sembahyang daripada suamiku juga.  Tapikan bila tengok harga emas sekarang nie aku rasa bersyukur sangat... dulu masa aku nak kahwin barang emas harga baru je dlm RM60+++ segram sekarang nie dah RM190 segram.... kalau aku tahu aku mintak besar dan banyak lagi dulu2 hahhaha....
     Dua hari lepas berkahwin aku dan suami berbulan madu di Pulau Bintan, tapi sayang nya tak dapat nak menikmati percutian yang cantik maklum musim hujan di sana sini. Tahu tak yang paling teruk adalah bila rumah aku kene banjir besar 2001 habis semua barang hantaran dan barang perkahwinan aku. Mujur mak aku sempat ambil barang-barang tu dan duit hantaran yang di dalam album. Tapi ada juga barang yang tak sempat di ambil cincin merisik dan cincin bertunang aku huahuahua... tak tahu mana hilang dah.... selepas banjir di Johor seminggu kemudian majlis di Sibu pula dalam keadaan kelam kelabut tu terpaksalah keluarga aku je yang datang....