Bila mengigati semula saat-saat menyiapkan majlis perkahwinan dulu boleh dikatakan semuanya aku uruskan tanpa bantuan daripada sesiapa pun. Keluarga aku sendiri pun memang tahu aku mampu menguruskanya sebab aku minat dalam urusan macam ini. Lagipun arwah mak Leha aku dulu selalu ajar aku hal ehwal urusan majlis perkahwinan macam ni. Mak dan abah hanya menguruskan hal makan minum, wakil kendarat, wakil daripada saudara mara serta jemputan sahaja. Memandangkan tunangku pula berada di England sebab melanjutkan pelajaran dia hanya mengirimkan duit sahaja dan beli apa sahaja barang hantaran yang aku minta diluar negara seperti chocolate, perfume, peralatan make up, tetapi kasut dan bag aku tak berani suruh dia pilih takut tak sesuai dengan tema dan cita rasaku hihihi... Segala gubahan hantaran untuk kedua-dua buah pihak aku buat sendiri, sampai aku pun dah tak ada surprise lagi hahaha... bukan apa bila kita berkawin dengan orang jauh nie dan turun naik flight nie memang kita kene fikirkan kesenangan untuk membawa barang-barang hantaran. Oleh itu semua barang hantaran buat di Johor mujur aku nie agak kreatif dan dapat buat semua tu. Ohh... ye nak tahu tak berapa hantaran aku masa tu 21 hantaran berlawan 19 hantaran hahaha nie idea kekawan aku ... hantaran dari pihak lelaki lengkap dengan duit hantaran dan 2 set barang kemas, 7 jenis minyak wangi yang berjenama sampaikan semua org cakap macam nak suruh setiap 7 hari berlainan bau je hihihi... Biasalah orang Johor selalunya hantaranya serba menegak, serba berdiri... kalau di sebut menegak dan berdiri ni biasanya melibatkan set barang kemas.... Lepas buat barang hantaran aku pun hampir-hampir nak buat pelamin aku sendiri tapi mak dan abah aku marah giler sebab takut aku tak ada masa.
Akhirnya aku mampu buat hiasan bilik je pelamin, baju make up semua ku suruh perunding pengantin yang buat. Kalau pasangan lain akan bersama-sama menyiapkan majlis perkahwianannya, aku pula terpaksa sorang-sorang sahaja yang menyiapkanya mujur dia tak cerewet dan hanya mengikut je apa yang aku cadangakan dan budget yang aku cadangkan. Manakala majlis menyambut menantu di sebelahnya di uruskan oleh emak dan kakaknya di Sibu, Sarawak.
Budget kami dalam menguruskan perkahwinan ni tak lah besar mana tapi cecah jugalah puluhan ribu tidak termasuk makan dan minum yang di keluarkan oleh kedua ibubapaku dan tidak termasuk budget yang dikeluarkan oleh keluarga mertua untuk majlis menyambut menantu di Sibu. Apa pun Alhamdullilah aku dan suami berjaya membuatnya mengikut budget dan apa yang kami inginkan.
Majis ini pun lengkap dengan jurugambar, juruvideo dan gambar di studio. Pada majlis perkahwinanku yang berlangsung 3 hari hari tu aku mengunakan 7 persalinan dan 5 persalinan untuk gambar studio hahahhaa.... giler glamor lah katakan..... Lagipun aku nie anak sulung, cucu sulung dan anak buah sulung sebab tulah majlis kami nie kene buat ikut adat dan resam keluarga kami. Tetapi aku nie degil bila di suruh ikut semua adat resam dan pantang larang keluarga.... sebab aku kahwin dengan orang jauh susah kalau ikut semua pantang larang tu. Mujur nenek aku faham dan dia cakap kalau aku nak ikut, jangan ikut semuanya takut-takut nanti lain jadinya... apa lagi aku ikut suka ler.... hahahhaa..... Tetapikan bila di tengok gambar2 dulu syok sendiri pula rasanya hahaha....
Selepas majlis kahwin esoknya aku dan suami mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru dan pada masa inilah suami aku belikan rantai emas lagi sebagai tanda pecah dara ahhahaha... korang ada aku ada hahahhaa........ aku betul2 tak sangka suami aku belikan rantai emas yang beratnya hampir 60gram sebagai tanda yang aku ni masih dara. Memang aku dipenuhi dengan barangan kemas je lah sebagai hadiah perkahwinan mana tak nye aku dapat gelang tanggan daripada mak mertua, cincin daripada abang angkat aku, loket dari kenalan mak, 1 set barang kemas( rantai, gelang, cincin, anting-anting) daripada suamiku, rantai pecah dara panjang daripada suamiku, cincin berlian untuk batal air sembahyang daripada suamiku juga. Tapikan bila tengok harga emas sekarang nie aku rasa bersyukur sangat... dulu masa aku nak kahwin barang emas harga baru je dlm RM60+++ segram sekarang nie dah RM190 segram.... kalau aku tahu aku mintak besar dan banyak lagi dulu2 hahhaha....
Dua hari lepas berkahwin aku dan suami berbulan madu di Pulau Bintan, tapi sayang nya tak dapat nak menikmati percutian yang cantik maklum musim hujan di sana sini. Tahu tak yang paling teruk adalah bila rumah aku kene banjir besar 2001 habis semua barang hantaran dan barang perkahwinan aku. Mujur mak aku sempat ambil barang-barang tu dan duit hantaran yang di dalam album. Tapi ada juga barang yang tak sempat di ambil cincin merisik dan cincin bertunang aku huahuahua... tak tahu mana hilang dah.... selepas banjir di Johor seminggu kemudian majlis di Sibu pula dalam keadaan kelam kelabut tu terpaksalah keluarga aku je yang datang....
SELEPAS BERKAHWIN
Selepas majlis aku hanya ada seminggu je di Malaysia sempat jugalah ikut cakap mak dan abah suruh menziarah saudara mara sebelah suamiku sebagai tanda terima kasih dan adat menziarah lepas berkahwin. cuma sayangnya sebelah keluarga mak dan abah ku di Johor Bahru tak sempat aku buat sebab tak cukup masa dengan keadaan banjir dan sebagainya. Selepas seminggu berada di Malaysia aku dan suami pergi ke England. Di England suamiku dah sediakan rumah yang lengkap dengan perabot.... aku memang suka sangat dengan rumah tu sebab rumah tu lengkap termasuklah buku-buku resepi sebab suamiku tahu aku tak pandai masak hahahaha....
Aaahhhhh.... seronok sangat sebab berpeluang hidup suami isteri jauh daripada keluarga dan berada di negara orang yang sejuk. Bila kita berjauhan dengan keluarga perasaan kita lain dan cara kita pun lain terutama dalam menguruskan rumahtangga sebab tu kalau kita tengok kebanyakan pasangan yang hidup berjauhan dengan keluarga hidup mereka pandai berdikari dan suami isteri bekerjasama dalam menguruskan rumahtangga dan kita akan merancang semuanya bersama-sama. Isteri yang tak pandai memasak pun akan jadi pandai memasak, mengemas dan menguruskan kewangan. Tetapi yang seronoknya bila berada di negara orang nie aku dan suami bila ada masa kita orang akan bercuti di negara-negara Eropah yang lain dan berjalan-jalan seluruh negara England ni. Boleh di katakan dua tahun di sini hampir setiap bulan aku honeymoon di seluruh Eropah hihihihi.....
Bab anak aku dan suami memang merancang sebab bagi aku... aku nak dia habiskan PHD dulu baru kami fikirkan hal anak, lagi pun kami masih muda dan masih baru di alam rumahtangga jadi kami nak memberi peluang kepada diri kami untuk menikmati perkahwinan ini sebelum bersedia untuk memiliki anak. Alhamdulilah tuhan izinkan dua tahun kami berhoneymoon dan selepas Shahril mendapat PHD aku di sahkan mengandung, tepat pada masa dan bersesuaian dengan rancangan kami.
Selepas pulang daripada England aku dan suami duduk di rumah mertuaku sehingga aku bersalin dan sehingga anak aku berusia beberapa bulan. Kiranya setahun lebihlah aku duduk dengan mertua. Kemudian kami membeli rumah pertama kami di Kuala Lumpur tetapi kami tak duduk pun kat sana kami sewakan. Kemudian kami beli rumah kedua kami yang sekarang nie kami duduk dulu masa kami beli harga rumah ni baru je RM 330 ribu ini dikatakan rumah idaman kami berdualah. Cabaranya pun hebat juga maklum kita pasangan baru tapi berani beli rumah dengan harga RM 300 ribu+++ , nak bayar rumah 2 kereta 2 dan nak lengkapkan isi rumah lagi pehhhh... memang terasa bila bab kewangan di ambil kira. Apa pun Alhamdullilah semuanya berjaya di tempuhi.
Anak aku pertama perempuan Nor Erin Natasha bin Ir. Dr. Mohammad Shahril. Alhamdulilah sepanjang Erin menjadi bayi dia tak banyak meragam mak mertua aku dan pembantu rumah kami pun senang membelanya bila aku keluar bekerja. Nor Erin Natasha adalah cucu sulung daripada kedua-dua keluarga kami seronoklah kedua belah pihak kami. Memandangkan anak aku ni perempuan dia dapat banyaklah hadiah emas daripada atuk neneknya di sebelah ibubapaku dan mertuaku rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki, dan loket. Aku dan suami tak tahu nak bagi apa pada anak kami sebab dah lengkap hihihi... adat dapat anak perempuan memang kene bagi emas pada anak tu....itu dalam keluarga kamilah.
Aku macam biasalahkan memang akan ikut je adat resam dan cara orang dulu-dulu cuma ikut-ikut macam tu je. Bila bab majlis putung jambul dan akikah aku lebih suka buat di rumah mak aku sendiri di Johor sebab kami ramai saudara mara lagipun Erin anak saudara, cucu saudara, cicit dan cucu sulung di sebelah mak aku. Sekali lagi aku buat majlis untuk Erin macam majlis kawin pula. Aku nie pun siap buat baju Erin sendiri dengan tangan aku sendiri.
Selepas 7 tahun dapat Erin Natasha aku dapat Mohammad Haziq Azfar pula jaraknya jauhkan. Aku yang merancang tetapi tak sangka terlajak pula merancang mujur dapat juga anak. Alhamdulilah sepasang hihihi... lengkap sudah kehidupan kami akhirnya dapat sepasang anak sepatutnya kami rancang dapat 4 orang anak tapi kerjaya kami masing-masing dan kehidupan aku yang jauh kene turun naik flight untuk berjumpa keluarga di johor menghalang kami berbuat demikian. Bagi aku selagi aku ada keluarga dan orang tua di Johor aku kene balik setiap tahun atau dalam setahun 2 atau 3 kali. Sebab tu faktor kewangan kita kene jaga dan pastikan cukup apa tah lagi bila melibatkan kecemasan.
Apa pun selepas 11 tahun perkahwinan ini aku bersyukur sebab suamiku masih berperangai sama macam masa kami baru berkahwin dahulu. Kalau dulu dia selalu potongkan kuku ku, mandikan ku sekarang ni pun macam tu tapi lagi berat sebab kene potong kuku anak dan mandiakan juga hahaha... itupun jika dia ada masa, bila kami tak ada pembantu rumah dia juga akan tolong sama-sama kemas rumah, memasak, basuh baju dan uruskan anak-anak. Sekarang nie bab anak-anak pergi sekolah setiap pagi dia yang uruskan dan aku uruskan yang lain. Dia seorang suami dan papa yang penyayang, bertanggungjawab, penyabar dan beriman dan sekarang berusaha untuk menjadi tahfis untuk dia dan keluarganya insyallah.... Dan yang paling penting setiap kali ulang tahun perkahwinan atau hari lahir dia akan ingat dan bagi hadiah barangan kemas!!!! Sepanjang berkawan dan berkawin memang aku tak pernah dapat hadiah lain aku hanya akan dapat hadiah barangan kemas yang bezanya adalah brand, bentuk, berat dan harganya ahhahhaaaa..... (bila di tengok dari segi orang yang tak bersyukur macam teringin nak benda2 atau hadiah2 yang romentik sikit kan hihihihi.... ) Tetapi kasih sayangku pada suamiku ni bukan tu je dia pun kekadang kalau tertengok ada pakej2 murah spa dia akan belikan untuk ku tanpa pengetahuanku dan setkan masa untuku hihihi.... tetiba je nanti ada orang call "puan jadi tak puan datang untuk rawatan hari esok" bab ini memang dia sangat sporting... dia tahu aku suka memalaskan diri di spa ....:)
Dalam perkahwinan nie kan tipulah kalau kita kata, kita tak pernah bergaduh atau sebagainya. Adat berumah tangga mesti ada masin, masam, manis dan pahitnya. Tetapi kita sebagai orang yang beriman kita kene sabar dan tabah serta sentiasa berkerjasama dan bertolak ansur serta berbincang walaupun bab dalam kelambu. Sebab kita hidup berdua denganya bukan untuk sehari dua tapi kalau boleh biarlah hingga ke akhir hayat kita insyallah. Alhamdulilah diatas keizinan Allah apa yang aku harapkan dan rancangkan dalam rumah tangga ini aku dapat itu pun kerana sikap kerjasama dan faham memahami serta sanggup bekerja keras bukan melepaskan beban kepada 1 pihak je. Alhamdulilah dalam masa 11 tahun berumahtangga nie kami mampu memiliki aset hampir bernilai 1 juta hasil daripada titik peluh kami berdua dengan keizinan daripada Allah. Alhamdulilah. Semoga kami berdua semakin tabah, semakin sabar, semakin berani berjuang dalam apa jua yang kami hadapi dalam rumahtangga kami insyallah.
" Ya Allah ampunkanlah kami di atas setiap dosa-dosa kami, Ya Allah murah dah luaskanlah rezeki kami, limpahkanlah rumahtangga kami dengan rahmat mu, kasih sayangmu, keinsafan dan petunjuk dan hidayahmu, jadikanlah anak-anak kami seorang khalifah yang berjaya di dunia dan di akhirat beriman dan bijaksana, kayakan kami dengan wang ringgit dan kaya kan kami dengan keimanan dan ketakwaan di dunia dan di akhirat serta panjangkan jodoh kami dan kebahagiaan kami hingga keakhir hayat kami, masukan kami kedalam syurga tanpa hisap mu.... aminnn......"
..... Inilah ceritaku yang aku ambil berhari-hari untuk menaip nya.... sambung lagi di episod yang lain ye... kalau nak komen... tolong komen yang boleh membina ye... |
|
|
|
No comments:
Post a Comment